Sudah lama ku meninggalkan dinding luahan ini. Hampir juga 2 tahun. Mungkin terlalu bahagia.... Hidup aku pada ketika ini sudah semestinya seperti kapal yang berlayar lalu langgar iceberg. Aku sedih kerana hidupku pada tahun 2019 ni .. macam2 ujian aku kena hadap. Sampai satu tahap aku dah tak kenal diri aku siapa. Aku terlalu stress. Kadang2 period pun x datang 2@3 bulan. Sebab stress sangat. Aku teringin nak luah kat sini biarlah aku penat nak menaip asalkan aku rasa lega sebab aku dapat luah even sorang.
Aku diuji dengan pelbagai ujian. Aku percaya yg Allah swt uji aku kerana dia sayang aku dan aku kuat untuk hadapi bentuk ujian2. Tak pernah langsung aku rasa frust. Tahun 2019 ni.... ya allah... hanya Allah je tahu apa aku rasa. Aku rasa down teruk. Kadang-2 mental aku tak elok. Rasa stress sepanjang masa. Sekarang aku sedang berjihad mental & rasa stress ni. Aku punya tahap stress ni... sampai rasa stress tanpa sebab. Walaupun aku ni nampak seperti seorang jahil yang tak tahu jalan benar atau salah, aku masih mempunyai secebis iman. Nak buat sesuatu perkara pun aku mesti kena fikir Allah dan diri aku.
Mungkin aku emo sekarang ni akan tetapi aku percaya aku boleh menjadi seorang manusia yg kuat. Mungkin dari ujian2 lah, aku belajar erti kesyukuran erti penghargaan dan semuanya. Andai kata jika suatu hari nanti aku ditangkap dan aku dikurung di dalam ..... tolong lah percaya aku yang tulis semua ni. Terlalu banyak benda aku kena fikir. Memang lah kalau ada masalah mengadu kt tuhan. Ya, mengadu. Tapi aku ni hanya manusia yg biasa penuhi dengan dosa je.
Macam mana ya aku nak teruskan garisan masa hidup?
Manusia normal akan rasa happy & sedih balance je. Aku punya je x balance. Sedih memanjang, rasa gelisah tanpa sebab dalam diri. Tidur pun tak lena. Aku kena penatkan diri aku baru aku boleh tidur. Tak kesian ke kt aku wahai diri sendiri? Kesian tau. Susah nak tidur malam satu hal. Dah nak dekat sebulan lebih aku tidur lambat kadang kerja pun tidur lambat pastu x boleh nak buat kerja sebab x ckup tidur. best kan tengok diri aku ni? sebab aku tengah lawan diri aku yg lemah ni.
Sekarang ni fikiran aku terganggu sangat2........ tak mampu nak tulis dah.